Khairy Jamaluddin didesak membuat penjelasan penglibatan pemimpin Pemuda UMNO dalam pembelian hartanah MARA di Melbourne.
Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli mendakwa, individu itu dikesan mempunyai banyak kepentingan perniagaan dengan pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO.
Rafizi mendedahkan individu terbabit adalah Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid yang didapati menandatangani pembelian hartanah keempat 746 Swanston Street oleh MARA.
“Erwan Azizi adalah Pengarah Eksekutif Optimus Capital Sdn Bhd. Selain beliau, Pengarah dan pemegang saham Optimus Capital Sdn Bhd yang lain adalah individu yang bernama Mazrul Haizad Maarof.
“Erwan Azizi juga adalah Pengarah Bukan Eksekutif Biosis Group Berhad yang dipengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, ” katanya pada sidang media pada Isnin.
Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR berkata, kesemua individu itu termasuk Dazma dan Khairul Azwan perlu menjawab mengenai penglibatan mereka dalam urusniaga yang melibatkan ketirisan RM63 juta itu.
Beliau turut menggesa supaya Ketua Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberikan penjelasan bagaimana individu yang berkait rapat dengan pimpinan Pemuda terlibat dengan skandal itu.
“Maklumat yang diberikan kepada saya menyatakan bahawa mereka ini terlibat sebagai pengatur kepada urusniaga-urusniaga ini dan berkemungkinan mendapat keuntungan dari urusniaga ini.
“Maka wajarlah Saudara Khairy Jamaluddin memberi penjelasan yang sebaiknya,” katanya.
Minggu lepas, Rafizi mendedahkan hartanah 746 Swanston Street itu dijual pada harga AUD$23.5 juta seperti direkod di Australia.
Walaubagaimanapun, jumlah yang diluluskan oleh MARA adalah AUD$41.8 juta dan berlakunya ketirisan sebanyak RM63 juta terhadap pembelian hartanah itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.