Followers

Thursday, July 9, 2015

Tindakan polis siasat WSJ memalukan negara – NOW FMT Reporters

 
akmal-nasir-wsj

NOW mendakwa ini bukan pertama kali pihak berkuasa mencari kesalahan pemberi maklumat.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memalukan negara kerana mahu menyiasat Wall Street Journal (WSJ) mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer kerana mendedahkan maklumat.

Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir berkata, intimidasi terhadap media antarabangsa WSJ hanya akan merendahkan integriti polis.

Katanya, tindakan itu seperti mahu mengalih perhatian rakyat terhadap isu utama iaitu adakah dana awam RM2.63 bilion disalurkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

 
“Tindakan pantas Ketua Polis Negara untuk menyiasat bagaimana dokumen tersebut boleh bocor adalah seolah-olah beliau lebih berminat untuk mencari kesalahan pemberi maklumat iaitu WSJ sedangkan siasatan terhadap 1MDB mahupun Najib sehingga kini masih menemui jalan buntu.

“Justifikasi yang diberikan oleh Ketua Polis Negara bahawa pendedahan dokumen ini boleh mengancam ekonomi negara dan membawa kepada sabotaj ekonomi negara adalah tidak masuk akal.

“Malah, rakyat sepatutnya berterima kasih kepada WSJ yang mendedahkan kepincangan 1MDB yang wajar diberi tumpuan untuk mengelakkan lebih banyak ketirisan berlaku,” katanya.

Akmal berkata, pihak berkuasa perlu menumpukan siasatan kepada perkara utama dan berhenti daripada mencari jalan untuk menghukum pemberi maklumat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.