Followers

Thursday, July 9, 2015

Helah Najib terburai ... hahahahaha 1MDB, WSJ - MEMALUKAN NEGARA !!

 
Sesuatu yang tidak masuk akal untuk peguam Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta penjelasan kepada penerbit The Wall Street Journal (WSJ) yang
mendakwa AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri, kata peguam, sambil mencadangkan ia sekadar satu muslihat
untuk melengahkan masa.


Mereka menegaskan, firma guaman yang bertindak bagi pihak pelanggan yang terkilan biasanya akan mula-mula menghantar surat tuntutan kepada penerbit dan
kemudian memfailkan saman fitnah jika tidak dibuat penarikan balik dan permohonan maaf.


Peguam berkata surat itu seolah-olah menunjukkan Najib tidak pasti sama ada hendak membawa WSJ ke mahkamah atau tidak kerana mencemarkan reputasinya.

Peguam Fahri Azzat berkata, langkah yang diambil oleh peguam Najib untuk mendapatkan penjelasan dan butiran lanjut merupakan satu "prosedur ingin tahu."

"Mereka tidak seperti dalam keadaan bersegera untuk memulakan tindakan saman fitnah terhadap WSJ," kata Fahri.

Peguam itu berkata, artikel yang disiarkan WSJ Jumaat lalu, mengenai sejumlah besar wang yang didepositkan ke dalam akaun bank Najib, berunsur fitnah dan
surat tuntutan sepatutnya dihantar kepada penerbit berkenaan.


"Tetapi, akhbar itu menyiarkan keterangan dokumentari semalam untuk menyokong laporannya," katanya.

 

Fahri mengulas surat yang dihantar firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak kepada Dow Jones, pemilik WSJ memintanya bertindak balas dalam masa
14 hari menyatakan sama ada Najib menyelewengkan hampir AS$700 juta daripada 1MDB.


"Kami diarahkan anak guam kami (Najib) untuk mendapatkan pengesahan sama ada anda berpendirian, seperti dalam artikel itu, yang pelanggan kami menyelewengkan
hampir AS$700 juta daripada 1MDB?


"Kami diarahkan mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektifnya menunjukkan anda tidak pasti 'sumber asal wang itu dan apa yang berlaku
kepada wang itu', tetapi sebaliknya, kandungan umum artikel itu mewujudkan gambaran yang jelas mengatakan pelanggan kami menyalahgunakan AS$700 juta milik
1MDB,"kata surat yang dikirim melalui emel itu," katanya.


Surat itu merujuk kepada 2 artikel bertajuk "Malaysia leader's accounts probed" (Akaun pemimpin Malaysia disiasat) terbitan 2 Julai dan "Scandal in Malaysia"

(Skandal di Malaysia) terbitan 6 Julai, kedua-duanya ditulis Simon Clark dan Tom Wright.

Surat itu juga menunjukkan kemungkinan kedua-dua penerbitan dan penulis akan didakwa.

"Sila maklumkan kepada kami sama ada anda melantik peguam di Malaysia untuk menerima penyampaian prosiding undang-undang bagi pihak anda dan bagi pihak
wartawan yang menulis artikel itu jika prosiding undang-undang perlu diadakan," kata surat itu.


Peguam New Sin Yew berkata peguam yang layak menentukan sama ada sesuatu penerbitan itu berunsur fitnah atau sebaliknya.

"Ia bukan perkara biasa bagi peguam untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat keputusan memfailkan tuntutan di mahkamah. Hanya baca artikel itu dan
putuskan sama ada perdana menteri difitnah atau tidak," katanya.


New berkata, surat kepada WSJ itu sama seperti meminta penerbit berkenaan membantu dalam membuat keputusan sama ada untuk memulakan tindakan undang-undang
atau tidak.


"Ini satu surat yang pelik dan ia mendedahkan perdana menteri tidak pasti dengan pendiriannya," katanya. – 8 Julai, 2015. ~TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.