Followers

Thursday, July 9, 2015

Tanya 1MDB kenapa tidak serah dokumen – Ketua Audit Negara Faiz Zainudin

 
Ambrin-Buang_1mdb_300

Jabatan Audit Negara akan dapatkan dokumen daripada sumber lain jika 1MDB gagal serahkan dokumen.

KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara akan mendapatkan dokumen dari sumber lain jika 1MDB gagal memberikan dokumen yang diperlukan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bagaimanapun, pihaknya yakin 1MDB akan memberikan segala dokumen yang diperlukan untuk menyiapkan siasatan.

“Dokumen ada banyak , ada yang dah dapat, ada yang belum, kita kena minta jugalah.

“Kita yakin kita masih mencuba mendapatkan dokumen tersebut. Kalau kita tak boleh, kita tak dapat dokumen-dokumen itu, kita cuba dapatkan dari sumber lainlah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Laporan Interim terhadap pengauditan 1MDB dan sesi taklimat bersama PAC di Parlimen pada Khamis.

Ambrin berkata, peluang untuk pihak 1MDB sentiasa terbuka untuk mereka mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

“Bagi mereka masa, kita pun belum selesaikan kerja-kerja kita. Sudah tentu kita perlu berhubung dengan mereka” katanya.

Beliau berkata, hanya 1MDB dapat memberi penjelasan berhubung kelewatan penyerahan dokumen-dokumen yang diperlukan.

“Mungkin mereka tak ada dokumen itu, kita tak tahu sepatutnya dokumen itu ada dengan merekalah. Tanya mereka 1MDB, jangan tanya saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.