Followers

Thursday, July 9, 2015

Laporan awal siasatan 1MDB cacat- PAC Faiz Zainudin

 
Datuk-Nur-Jazlan_jan_1mdb_600

1MDB tidak memberi kerjasama penuh dalam membekalkan dokumen kepada Jabatan Audit Negara.

KUALA LUMPUR: Laporan awal Jabatan Audit Negara terhadap syarikat 1MDB dianggap cacat susulan syarikat pelaburan milik kerajaan itu tidak memberi kerja sama penuh untuk memberi dokumen.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan berkata, perkara itu dimaklumkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam pembentangan laporan tersebut pada pagi Khamis.

“Jabatan Audit Negara masih belum mendapat kerja sama yang baik daripada 1MDB dalam memberi dokumentasi untuk mereka menjalankan audit.

” Kita minta pihak pengurusan 1MDB tolong bagi kerjasama kepada Jabatan Audit Negara untuk memberi segala dokumentasi dan maklumat yang diperlukan untuk mereka meneruskan audit supaya segala laporan dapat dimuktamadkan pada akhir tahun ini,” katanya dalam sidang media pembentangan Laporan Interim terhadap pengauditan 1MDB dan sesi taklimat bersama PAC di Parlimen.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata, antara dokumen yang belum diserahkan ialah penyata bank dan beberapa perjanjian lain.

Katanya segala dokumen tersebut penting untuk memenuhi skop siasatan.

Ahli Parlimen Pulai itu bagaimanapun berkata, pihaknya berpuas hati dengan hasil laporan interim 1MDB oleh Ketua Audit Negara dan usaha yang dilakukan pihak berkenaan.

Katanya pihak PAC akan mengunakan segala maklumat yang dikumpul oleh Jabatan Audit, untuk menyoal dan menyiasat Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Shahrol Azrai Ibrahim dan bekas Pengerusi dan bekas CEO, Mohd Azim Abdul Rahman pada Ogos ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.