Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mempersoalkan kegagalan 1MDB menyediakan dokumen kepada Jabatan Audit Negara
Katanya, penyata bank adalah dokumen paling penting dalam menyediakan laporan lengkap siasatan.
“Bagaimana untuk melakukan siasatan jika tiada penyata akaun? Penyata akaun adalah perkara paling penting dalam penyiasatan.
“Mereka (1MDB) juga lambat menyerahkan dokumen selain gagal menyertakan dokumen lain yang penting,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri pembentangan laporan interim pengauditan 1MDB oleh Jabatan Audit Negara bersama PAC.
Tony Pua juga menolak sebarang alasan kerana penyata bank boleh dicetak dalam masa kurang sampai lima minit.
Katanya, jika 1MDB tetap enggan memberikan penyata bank tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus mengarahkan syarikat milik kerajaan itu berbuat demikian memandangkan beliau yang telah mengarahkan siasatan tersebut.
Bagaimanapun, Tony Pua berpuas hati dengan laporan interim yang disediakan Jabatan Audit Negara.
Kekesalan yang sama sebelum ini turut disuarakan Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.