Followers

Thursday, July 9, 2015

Dokumen WSJ tidak akan digunakan dalam siasatan 1MDB Mohamad Fadli


gani-wsj

Pasukan Petugas Khas siasatan akaun 1MDB mengesahkan enam akaun bank yang dibekukan tidak membabitkan akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak akan menggunakan dokumen yang disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) atau pihak-pihak lain dalam siasatan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibekukan.

Ini kerana Pasukan Petugas Khas siasatan akaun 1MDB mengesahkan enam akaun bank yang dibekukan tidak membabitkan akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Berkaitan dengan arahan pembekuan enam akaun bank pada 6 Julai 2015, tiada akaun bank di AmBank Islamic dimiliki Perdana Menteri,” petik kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Khas siasatan 1MDB.

Kedua-dua akaun bank milik Najib dikatakan sudah ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015.
“Pasukan Petugas Khas telahpun memperoleh semua dokumen yang berkaitan akaun-akaun itu,” kata pasukan itu.

Pasukan Petugas Khas itu dipimpini Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

“Semua dokumen siasatan yang diterimanya hanya melalui saluran Pasukan Petugas Khas,” tegas kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.