Followers

Thursday, July 9, 2015

Siasatan terhadap Anthony Loke mengarut Adam Abu Bakar


khalid-surendran

Khalid Abu Bakar didakwa sering bertindak melanggar hak kebebasan rakyat yang telah dijamin Perlembagaan Persekutuan.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu Bakar dibidas kerana mahu menjalankan siasatan terhadap Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.

Ahli Biro Politik PKR, N Surendran berkata, Khalid sering bertindak menyalahi peraturan dan bertentangan dengan Perlembagaan yang membenarkan rakyat berhimpun secara aman.

“Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa rakyat berhak berhimpun secara aman, ia termasuk hak untuk menganjurkan perhimpunan rakyat yang mengkritik kerajaan dan juga Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan media.

Malah, katanya, Parlimen juga telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Khalid menerusi Twitter memaklumkan Anthony Loke akan disiasat kerana mengajak rakyat berhimpun sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berundur.

Surendran berkata, kenyataan Khalid itu mengarut kerana tidak mungkin kenyataan Ahli Parlimen DAP itu boleh mendatangkan ketakutan dan merupakan hasutan kepada orang ramai.

“Bagaimana menyeru supaya perhimpunan aman diadakan boleh digelar menghasut,” katanya.
Katanya, kenyataan Khalid itu juga bagaimana Akta Hasutan disalah guna secara berterusan oleh pihak berkuasa.

“Arahan siasatan ini perlu digugurkan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga seharusnya tidak masuk campur dalam isu kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.