Followers

Friday, July 3, 2015

Skandal MARA: Dua pegawai kanan direhatkan ? - Faiz Zainudin

 
MARA,rehat

Namun tindakan itu tidak bermakna dua pegawai kanan itu bersalah sebaliknya untuk memudahkan siasatan.


KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) merehatkan dua pegawai kanan anak syarikatnya, MARA Inc, yang terlibat dalam pembelian aset di Australia untuk memudahkan siasatan.

Pengerusi MARA Inc, Datuk Mohamad Lan Allani dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abd Halim A Rahim direhatkan sehingga tempoh yang akan ditentukan kelak.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan itu tidak bermakna mereka berdua telah bersalah.

“Kedua-duanya dilepaskan sementara daripada tugas bagi membolehkan urusan penyiasatan berlaku tanpa sebarang gangguan untuk memastikan mereka tidak dituduh pada perkara yang bukan-bukan.

“..Ini tidak sekali bermakna memberi apa-apa kesalahan pada masa ini, ini nak jaga intergriti MARA selari dengan komitmen kita yang penyiasatan dibuat SPRM adalah penyiasatan yang telus,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat MARA pada Khamis.

Bagi memastikan isu pelaburan keatas Dudley Internasional House disiasat dengan telus, Majlis MARA telah memutuskan untuk melantik badan audit bertauliah.

“Mesyuarat Majlis MARA telah memutuskan melantik Princewaterhouse Coopers (PwC) untuk menjalankan audit secara mendalam,” katanya.

MARA didakwa terlebih bayar RM15 juta bagi pembelian The Dudley International House. Akhbar Australia, The Age, mendakwa wang itu dibayar kepada beberapa individu sebagai rasuah.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula mendakwa MARA menyeleweng sebanyak RM129 juta menerusi empat pembelian aset di Australia apabila membeli dengan harga tinggi berbanding harga pasaran.

Dalam pada itu, Annuar berkata, MARA juga tidak berpuas hati dengan keputusan awal pihak PDRM bahawa tiada unsur pecah amanah dalam kes tersebut.

“MARA kurang berpuas hati dan akan menemui PDRM dalam masa terdekat untuk memberi kerja
sama seterusnya,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.