Followers

Friday, July 3, 2015

Nancy tidak pasti peguam negara disambung kontrak atau bersara

 
Nancy tidak pasti peguam negara disambung kontrak atau bersaraMenteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri tidak pasti sama ada kontrak Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang akan menyambut hari jadinya pada Oktober depan akan disambung atau tidak.

Nancy berkata, beliau dimaklumkan Gani akan bersara pada Oktober depan tetapi penyambungan kontraknya tertakluk kepada pertimbangan kerajaan.

"Saya tiada maklumat mengenai kedudukan beliau. Beliau sepatutnya bersara pada Oktober.

"Tapi sama ada kontrak dilanjutkan atau tidak bergantung kepada kerajaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada satu majlis di gedung Publika, Kuala Lumpur pagi ini.

Ditanya sama ada beliau bersedia terus bekerja dengan Gani, Nancy berkata beliau sedia bekerjasama dengan sesiapa saja demi menjalankan tugasnya.

"Saya akan kerja dengan sesiapa saja. Sesiapa yang jadi peguam negara saya akan kerja dengan dia.
"Sama ada Gani atau orang lain, kerja perlu diteruskan," katanya.

Peranan peguam negara sebagai penasihat undang-undang utama kerajaan termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Gani memegang jawatan itu sejak 2002, dan jika kontraknya disambung, beliau akan menjadi peguam negara paling lama berkhidmat, mengatasi Tan Sri Abu Talib Othman yang memegang jawatan itu dari 1980 hingga 1993.

Gani mencetuskan kontroversi kerana penglibatannya dalam pasukan pendakwa raya kes Liwat I membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kemudian sebagai peguam negara dalam kes Liwat II. – TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.