Followers

Friday, July 3, 2015

Guan Eng buat Azmin Ali makin tertekan FMT Reporters

 
feakag,azmin,guang eng

Faekah Husin mendakwa tidak mustahil Azmin akan meminta sokongan wakil rakyat UMNO untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar Selangor.


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali semakin tertekan dengan pengumuman Lim Guan Eng bahawa Pulau Pinang bukan lagi negeri Pakatan Rakyat, dakwa Faekah Husin.

Pegawai Khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu berkata, Azmin masih gagal menyelesaikan kemelut politik antara Pas dan DAP yang menjejaskan pentadbiran Negeri Selangor.

Katanya, dengan perkembangan terbaru di Pulau Pinang itu sudah pasti membuatkan Azmin ‘pening kepala’ untuk menyelamatkan kerajaan Selangor.

Menurut Faekah, hubungan tergantung antara Pas dan DAP menimbulkan sikap saling mencurigai sesama EXCO yang sudah semestinya tidak sihat untuk pembangunan negeri dan rakyat.

“Sekarang kerajaan negeri sibuk dengan usaha memperbaiki kerosakan yang mereka cipta sendiri hasil Langkah Kajang yang gagal,” katanya kepada FMT.

Katanya, dengan perkembangan terbaru itu, Azmin perlu membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti, sama seperti desakan yang dikenakan terhadap Khalid apabila beliau dipecat PKR.

Jelasnya, Azmin perlu menerangkan kepada rakyat apakah bentuk kerja sama dalam kerajaan negeri Selangor yang ada ketika ini selepas PKR dan DAP mengumumkan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud.

“Walaupun krisis DAP dan Pas tiada kesudahannya, Azmin sudah pasti sedang mencari jalan untuk menyelamatkan kedudukannya.

“Sebagai seorang yang berpengalaman sebagai ‘perunding’ sudah pasti Azmin memiliki banyak idea dan bertungkus lumus membuat tawaran kepada semua pihak. Tidak mustahil Azmin meminta tolong UMNO,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.