Followers

Wednesday, July 22, 2015

Siasatan 1MDB: Dua akaun bank di Singapura dibeku - FMT Reporters

 
spore-1MDB

Dua akaun bank itu dibekukan untuk siasatan kes berkaitan salah urus kewangan dan rasuah melibatkan 1MDB

PETALING JAYA: Polis Singapura membekukan dua akaun bank bagi membantu siasatan berhubung syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana salah urus kewangan dan rasuah.

Memetik laporan Reuters, pada 5 Julai lepas, polis negara itu telah mengeluarkan arahan di bawah Kanun Prosedur Jenayah untuk melarang mana-mana urusan berkenaan dengan wang dalam dua akaun bank yang dibekukan itu.

“Siasatan masih dilakukan,” kata polis Singapura dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, mahkamah mengeluarkan perintah reman lima hari terhadap seorang lagi pengarah urusan bagi membantu siasatan berhubung 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.