Followers

Wednesday, July 22, 2015

PKR bentuk permuafakatan pembangkang baharu ganti Pakatan Rakyat Adam Abu Bakar

 
anwar_bersih_ikram_harapan_abim_pkr_600

Permuafakatan itu melibatkan semua gerakan progresif termasuk badan bukan kerajaan (NGO) seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang baru sahaja diwujudkan.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan sedang berusaha untuk mewujudkan permuafakatan politik yang lebih utuh ekoran krisis negara yang semakin teruk.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permuafakatan itu melibatkan semua gerakan progresif termasuk badan bukan kerajaan (NGO) seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang baru sahaja diwujudkan.

“Negara kita terus berada di dalam krisis yang semakin teruk, manakala kerajaan Barisan Nasional (BN) terus menafikan keadaan ini.

“Nilai mata wang ringgit merudum, tatkala rasuah dan skandal kewangan mencapai tahap yang belum pernah disaksikan sejak merdeka lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui peguam beliau.

Jelas Anwar lagi, permuafakatan ini merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada Rakyat.

“Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita.

“Marilah kita ketepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain dan berikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.