Followers

Wednesday, July 8, 2015

Shafie Apdal dicabar jual semula hartanah MARA Adam Abu Bakar


Rafizi-Ramli_Mohd-Shafie_mara_600

Jika MARA membeli dengan harga lebih murah seperti didakwa Shafie, sudah pasti MARA akan mendapat keuntungan besar jika menjualnya semula.

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dicabar supaya menjual semula hartanah yang telah dibeli oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Melbourne, Australia.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ini kerana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mendakwa hartanah itu telah dibeli dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran pada waktu itu.

Katanya, jika hartanah itu dibeli dengan kadar yang lebih murah daripada harga semasa di antara 2012-2013, MARA pasti mendapat keuntungan lebih besar jika menjualnya semula.

Setiausaha Agung PKR itu berkata, Shafie tidak pernah menafikan harga pembelian kesemua empat hartanah oleh MARA seperti yang telah didedahkan, yang menunjukkan MARA Inc membayar lebih tinggi berbanding harga sepatutnya.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan MARA Inc terlebih bayar RM129 juta bagi pembelian empat aset di Australia.

“Menteri langsung tidak menafikan harga pembelian hartanah yang telah kita dedahkan. 

Ia seolah-olah MARA mengakui pembelian tersebut dan mengesahkan pendedahan ini,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Katanya, pendirian Shafie yang mahu menunggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai sebelum tindakan seterusnya hanyalah sia-sia.

“Sejak empat ke lima tahun lalu, kerajaan akan berselindung di sebalik istilah penyiasatan. Namun sebenarnya tidak ada apa yang berlaku.

“Lihat kes Perbadanan Nasional Fidlot (NFC) dan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), hingga kini masih tidak ada penangkapan yang berlaku,” katanya.

KOMEN: 

Kalau Shafie Bedal ini, wajib disiasat, macam mana dia boleh beri wang tunai ratusan ribu setiap bulan kepada artis simpanan nya di Ampang, ini telah disahkan oleh Pemandunya sendiri dalam makhamah.- http://www.artismelayu.net/zahida_rafik_hilang_200_ribu.html
Zarida Rafik kehilangan RM200 ribu dikebas pemandu...
artismelayu.net|By artismelayu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.