Followers

Wednesday, July 8, 2015

Pejabat 1MDB kena serbu?? - FMT Reporters

 
1MDB-IMC

Serbuan dibuat pada jam 10 pagi dan mengarah kakitangan mengosongkan premis
 
PETALING JAYA: Menurut seorang saksi kepada serbuan pejabat 1MDB yang masih dijalankan, polis telah menyekat akses ke pejabat 1MDB yang terletak di tingkat lapan Menara IMC.

Pihak polis telah dikesan berada di bangunan itu kira-kira pukul 10 pagi.

“Terdapat dua buah van dan kira-kira empat buah kereta polis Proton Preves di luar bangunan itu,” menurut saksi tersebut.

“Rakan saya pergi ke tingkat lapan dan dia melihat pengawal memakai jaket hitam sedang mengosongkan tingkat itu,” katanya sambil menambah rakannya itu mengagak pengawal yang memakai jaket itu bukan pengawal yang bertugas di bangunan itu.

“Mereka yang memakai jaket itu telah memastikan bahawa tidak ada sesiapa pun di sana. Tetapi tingkat itu penuh sesak dengan orang, yang sepatutnya adalah polis,” kata saksi itu.

Serbuan bermula kira-kira pukul 10 pagi Rabu dan masih berterusan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.