"Mungkin kita perlu menghapuskan perkataan ban (larangan)
daripada perbendaharaan kata politik dan mengambil pendekatan
membayangkan kejernihan fikiran serta rasional," kata bekas menteri
kanan, Tan Sri Rafidah Aziz.
Mengulang mengenai penggantungan permit dua penerbitan The Edge Media Group oleh kerajaan semalam, Rafidah berkata, pada era ini hampir segala-galanya didorong oleh Internet dan media sosial.
"Orang ramai boleh bercakap apa saja yang mereka mahu di mana-mana," tulis beliau di Facebook.
Rafidah yang pernah menggalas tugas sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri antara Mei 1987 hingga Mac 2008 berkata, tanpa mengabaikan had terhadap kebebasan bersuara, penting untuk media tidak dihukum kerana membuat laporan yang tidak disenangi sesetengah pihak.
"Adakah pasti kita tidak menuju ke arah negara yang mengarahkan apa perlu dilaporkan dan tidak dilaporkan dalam media?" tanya beliau.
Kata Rafidah, kerajaan boleh menyekat sesetengah penerbitan tetapi ia tidak akan menyelesaikan apa-apa.
Sebaliknya kata beliau, tindakan itu akan menyebabkan rakyat lebih marah.
"Lebih buruk, akan ada rasa tidak puas hati baru (rakyat) terhadap kerajaan tanpa sebab yang sepatutnya," katanya.
Langkah Kementerian Dalam Negeri menggantung permit The Edge tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai sebarang isu kepentingan awam dengan mengemukakan hujah yang kukuh.
Namun kata Rafidah tindakan 'melatah' menjadi pilihan
"Janganlah hendaknya kita diberitahu kini kita perlu menutup Internet," katanya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.