Followers

Tuesday, July 21, 2015

Polis nasihat perarakan di Kuching dibatalkan - Mohamad Fadli

 
khalid_sarawak_polis_600

Polis menerima maklumat perhimpunan itu digunakan untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Persekutuan.

PETALING JAYA: Polis menasihatkan penganjur perhimpunan dan perarakan di bandar Kuching, Sarawak, yang akan diadakan pada Rabu dibatalkan atas sebab keselamatan dan kemudaratan awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya mendapat maklumat perarakan itu akan dijadikan platform untuk menghasut rakyat Sarawak keluar daripada Persekutuan.

“Polis telah menerima makluman untuk mengadakan perhimpunan perarakan di atas pada 22 Julai di Kuching Sarawak.

“Walaupun makluman yang diberi adalah selaras dengan ketetapan undang-undang, namun pihak polis telah menerima maklumat bahawa ada pihak-pihak yang merancang menggunakan perhimpunan perarakan tersebut sebagai platform untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Borneo Post online melaporkan, satu perhimpunan dan perarakan luar biasa bakal diadakan pada 22 Julai di Kuching apabila Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak akan turut mengambil bahagian dalam perarakan sempena tarikh sebenar kemerdekaan Sarawak.

Perarakan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Hari Kebangsaan dan Kebebasan Sarawak 722 dengan disertai Gerakan Sarawak for Sarawakians (S4S) dan DAP Sarawak.

“Kami melihat ini sebagai sebuah gerakan rakyat di mana ia membantu untuk meningkatkan kesedaran politik rakyat Sarawak dan mempertahankan kepentingan Sarawak selain memerangi ketidakdilan serta dasar yang tidak adil daripada kerajaan,” kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.