Followers

Tuesday, July 21, 2015

Rahman Dahlan wajar minta maaf - Mohamad Fadli


rafizi-rahman

Rafizi Ramli mendakwa Abdul Rahman Dahlan menyebarkan berita palsu tanpa menyiasat kesahihannya.

PETALING JAYA: Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan wajar memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana membawa berita palsu untuk mengelirukan rakyat mengenai skandal 1MDB.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu wajar meminta maaf memandangkan beliau tidak menyemak kesahihan maklumat terlebih dahulu.

Abdul Rahman sebelum ini telah membuat pendedahan mengenai suatu klip video pengakuan bekas Editor Sarawak Report, Lester Melanyi mengenai pemalsuan dokumen berhubung 1MDB yang bersekongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pendedahan itu, Lester Melanyi mendedahkan kewujudan seorang jurugrafik pakar yang membuat dokumen palsu.

Rafizi berkata, kenyataan Lester Melanyi itu rekaan semata-mata dan ia telah memberi tamparan hebat kepada Abdul Rahman.

Katanya, The Malaymail Online telah mendedahkan bahawa orang yang didakwa pakar grafik itu (James Steward) merupakan seorang pengurus rangkaian keretapi di United Kingdom yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia.

“Perkara ini disahkan oleh wakil majikan beliau sendiri seperti dilaporkan oleh The Malaymail Online,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pengakuan yang dibuat oleh Lester Melanyi adalah palsu dan bermotif keuntungan kepada dirinya setelah dia sendiri mengaku menerima wang untuk menghasilkan video tersebut.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat Lester Melanyi untuk mengetahui siapa dalang di belakangnya yang membayar dia untuk menyebarkan tuduhan palsu.

“Ini kerana tuduhan-tuduhan itu mengganggu siasatan skandal 1MDB yang sedang berjalan sekarang,” katanya dalam kenyataan media.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.