Followers

Tuesday, July 21, 2015

21 ditahan bantu siasatan kes gaduh di Wangsa Walk - FMT Reporters

 
polis_Wangsa-Walk_600
Pergaduhan berlaku di Wangsa Walk dipercayai akibat tindakan seorang individu cuba menghalang perhubungan adik perempuannya dengan seorang lelaki.

KUALA LUMPUR: Seramai 10 lagi ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di pusat beli-belah Wangsa Walk pada Isnin.

Ini menjadikan 21 orang tahan setakat ini termasuk 11 yang ditahan pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kesemua suspek yang berumur antara 15 hingga 29 tahun ditahan direman sehingga Jumaat.

Katanya, pihak polis masih lagi mengesan beberapa suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu.

Mohamad Roy berkata, lima cedera dalam pergaduhan itu dan hanya seorang yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pergaduhan berlaku di Wangsa Walk dipercayai akibat tindakan seorang individu cuba menghalang perhubungan adik perempuannya dengan seorang lelaki.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.