Followers

Tuesday, July 21, 2015

Simpati asnaf jadi mangsa mainan politik Faiz Zainudin

 
mohd-asri_majlis_600

Orang politik tidak sepatutnya terlibat menyampaikan zakat kerana ia bukan hak mereka.

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa simpati terhadap golongan asnaf di negara ini yang menjadi mangsa mainan politik oleh pemimpin politik.

Katanya, amat mendukacitakan sekiranya benar kisah kesusahan seorang warga emas yang hadir ke satu majlis semata-mata untuk mendapatkan bantuan zakat seperti yang diviralkan di laman sosial.

Kisah itu diceritakan oleh anak warga emas berkenaan, Rabiatun Asmah Mohd Ali yang mendakwa ibunya dianiaya untuk hadir bagi menerima sumbangan hari raya tetapi sebenarnya hanya bertujuan meramaikan majlis.

Wanita itu merujuk kepada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri pada 2 Julai 2015 di MAEPS, Serdang yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom.

“Kisah yang yang ditulis, jika benar, amat mendukacitakan nasib golongan asnaf yang menjadi mainan politik,” tulisnya di Facebook.

Asri berkata, teguran yang dibuat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra amat baik dan boleh dijadikan ikutan kepada ahli politik.

“Antara titah DYMM Raja Perlis yang saya bangga ialah agar orang politik jangan ambil kesempatan dengan zakat.

“Kata DYMM Raja mereka tidak sepatutnya membuat penyerahan zakat kepada asnaf, nanti mereka ‘claim mileage’ untuk diri mereka. Padahal zakat bukan hak mereka,” tulis Asri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.