Followers

Tuesday, July 28, 2015

PMO minta Muhyiddin henti buat kenyataan FMT Reporters

 
Muhyiddin-umno_1mdb_600
Gesaan itu dibuat bagi memberi ruang kepada proses siasatan

PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menggesa semua pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kerajaan dan UMNO.

Sebaliknya, PMO menasihat semua pihak supaya bersabar dan menunggu hasil siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), katanya menerusi kenyataan media pada Isnin.

Katanya, siasatan Pasukan Petugas Khas sedang berjalan dan semua pihak perlu beri ruang kepada proses siasatan.

“Semua pihak lebih-lebih lagi anggota Pentadbiran termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menunggu hasil siasatan.”

“Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan dan UMNO,” kata Pejabat Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.