Followers

Tuesday, July 28, 2015

MAHB terlalu berkuasa di di KLIA2? Faiz Zainudin

 
Sim-Tze-Tzin_KLIA

Kementerian Pengangkutan dikatakan tunduk kepada MAHB di KLIA2.

PETALING JAYA:Kementerian Pengangkutan dikatakan gagal menyelesaikan masalah mendapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Dakwaan itu dibuat Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Tze Tzin.

Katanya, kegagalan Kementerian Pengangkutan memantau masalah yang berlaku di KLIA2, menyebabkan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) bertindak sesuka hati..

Dalam kenyataannya, Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, masalah mendapan itu timbul kerana lokasi pembinaan terminal yang dikatakannya tidak sesuai.

“Tetapi MAHB mengambil keputusan membina KLIA2 di tapak barat yang merupakan tanah gambut. Ini telah diketahui sejak 1992! Selain itu, perubahan rekabentuk finger pier kepada satelit concept yang memakan belanja jauh lebih besar juga diputuskan oleh MAHB,” dakwanya.

Tambah Tze Tzin, dia juga mendesak pihak Kementerian Pengangkutan supaya menyatakan pendirian rasmi berhubung perubahan pelan Induk yang dibuat MAHB.

“Saya mendesak Menteri Pengangkutan menjawab adakah pihak kementerian bersetuju atau tidak bersetuju perubahan Pelan Induk KLIA oleh MAHB?

“Siapakah yang membuat keputusan-keputusan tersebut, pegawai mana dalam MAHB dan Kementeri Pengangkutan?,” solanya.

Katanya, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan pihak KLIA2 supaya menyelesaikan masalah yang berlaku tahun lalu, namun sehingga kini masih gagal diselesaikan.


“MAHB seolah-olah berkuasa penuh menjalankan segala urusan KLIA2 tanpa mematuhi arahan Kementerian Pengangkutan. Menteri Pengangkutan nampak lemah dalam isu-isu berkaitan MAHB,” katanya.

Sehubungan itu dia mendesak menteri berkenaan mengumumkan laporan siasatan berhubung mendapan yang berlaku.

Ia perlu dilakukan bagi mengembalikan semula keyakinan pengguna terhadap kualiti perkhidmatan penerbangan negara ini selepas ia dicemari tiga insiden nahas pesawat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.