Followers

Tuesday, July 28, 2015

Pergantungan The Edge konspirasi UMNO jatuhkan Najib- Mahfuz FMT Reporters

 
najib-mahfuz

Menerusi penggantungan akhbar tersebut, ia memberi kesan kepada pemikiran rakyat untuk mempercayai laporan mengenai isu 1MDB yang membabitkan.

PETALING JAYA: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung dua akhbar mingguan dan harian milik The Edge seolah-olah satu konspirasi politik dalaman pimpinan UMNO untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia jelas kerana orang UMNO sendiri sudah tidak mampu untuk mempertahankan dan melindungi Najib.

Jelasnya, menerusi penggantungan akhbar tersebut, ia memberi kesan kepada pemikiran rakyat untuk mempercayai laporan akhbar itu mengenai isu 1MDB yang membabitkan Najib.

“Penggantungan ini juga dibuat bertujuan memberi tekanan kepada Najib untuk berundur dari jawatan Perdana Menteri,” kata dalam satu kenyataan media pada Isnin.

“KDN digunakan untuk tujuan tersebut kerana dalam kalangan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak mampu mempertahan dan melindungi Najib apabila majorati rakyat Malaysia mempercayai Najib sesungguhnya terlibat,” tambahnya lagi.

Oleh kerana ramai pimpinan UMNO tidak berani berterus terang dengan Najib memandangkan sebelum ini mereka begitu kuat mempertahankan beliau, maka tindakan yang boleh dilakukan ialah memberi tekanan dengan pengantungan akhbar The Edge dan menimbulkan kemarahan rakyat kepada Najib.

“Sama ada apakah Najib akan tunduk pada tekanan ini atau tidak, ianya bergantung kepada sejauh mana pula Pasukan Khas Siasatan Kes 1MDB mampu membebaskan diri mereka daripada sebarang pengaruh Najib.

“Jika mereka mampu dibeli oleh Najib, maka Perdana Menteri akan berupaya bertahan untuk satu tempoh yang singkat tetapi Pasukan Penyiasat pula akan menghadapi kutukan rakyat Malaysia sekaligus menyebabkan institusi yang mereka ketuai mengalami krisis kepercayaan yang akan meruntuhkan negara Malaysia yang di cintai,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.