Followers

Tuesday, July 14, 2015

PASTI Terengganu nafi laporan guru terlibat melakukan kelucahan melampau FMT Reporters

 
Sulaiman-Sulong,pasti

Berita yang dikeluarkan mengaitkan seorang tenaga pengajar PASTI di sebuah pusat asuhan di Kemaman itu didapati sangat tidak benar dan berniat jahat.


PETALING JAYA: Jabatan PASTI Negeri Terengganu menafikan sekeras-kerasnya laporan yang mendakwa seorang guru wanita PASTI terlibat melakukan kelucahan melampau terhadap seorang muridnya.

Pengarahnya, Sulaiman Sulong berkata, berita yang dikeluarkan mengaitkan seorang tenaga pengajar PASTI di sebuah pusat asuhan di Kemaman itu didapati sangat tidak benar dan berniat jahat.

“Pengurusan PASTI Negeri Terengganu menafikan sekeras-kerasnya bahawa guru yang dimaksudkan adalah tenaga pengajar PASTI berkenaan dan beliau juga adalah bukan guru PASTI.

“Penyebaran berita yang sangat tidak berakhlak terutama dalam umat Islam sibuk dengan pencarian Lailatul Qadar malam penuh berkat di sepuluh akhir Ramadhan ini sangat dikesali dan mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap PASTI sebagai sebuah pusat asuhan yang telah melahirkan pelajar soleh pintar yang unggul di Terengganu.

“Oleh itu, PASTI dengan ini menuntut agar pihak yang terbabit menyiarkan berita berkenaan menarik balik berita tersebut dan seterusnya memohon maaf secara terbuka di atas penyiaran berita yang tidak berasas dengan serta merta.

“Sekiranya pihak yang berkenaan gagal untuk melakukannya maka pihak PASTI tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan imej yang cuba dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan media.

Berita yang disiarkan Terengganu Times itu menjadi viral di laman sosial apabila turut memuatkan salinan laporan polis yang didakwa dibuat oleh ibu kepada kanak-kanak terlibat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.