Followers

Tuesday, July 14, 2015

Ekonomi lembab, GST punca gaduh di Low Yat – Arul PSM Khairil Ashraf

 
Arutchelcvan_low-yat_600

Kerajaan juga didakwa mengguna isu kaum untuk memecah belahkan rakyat.

PETALING JAYA : Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelcvan berkata antara punca pergaduhan di Plaza Low Yat adalah isu perkauman yang masih digunakan pemeintah untuk memecahbelahkan rakyat.

Selain itu, katanya, kejadian itu juga berpunca daripada kesengsaraan rakyat disebabkan ekonomi yang lembab dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Jika rakyat bersatu, maka kita dapat rampas balik berbilion ringgit yang dikebas Najib dan geng.

“Gunakan wang itu untuk menaikkan gaji minima, bina rumah mampu beli, beri pendidikan dan perubatan percuma dan semarakkan ekonomi tempatan,” katanya menerusi Facebook.

Pada petang Sabtu, dilaporkan pergaduhan tercetus di tingkat bawah Plaza Low Yat selepas tujuh lelaki menyerang pekerja kedai menjual telefon bimbit.

Pergaduhan berlarutan pada Ahad malam sehingga Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah untuk mengawal keadaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu melibatkan kes curi yang tiada mengena dengan isu perkauman.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.