Followers

Tuesday, July 14, 2015

Gerakan Harapan Baru tidak beri nilai tambah kepada muafakat pembangkang Khairil Ashraf

 
tuan-man,ghb
Kumpulan progresif yang menjadi pelopor penubuhan gerakan itu masih lagi ahli Pas.

KUALA LUMPUR : Pembentukan Gerakan Harapan Baru (GHB) oleh kumpulan progresif Pas tidak memberi nilai tambah kepada muafakat pembangkang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana pelopor pembentukan GHP masih lagi ahli Pas.

“Mereka masih dalam Pas. Jadi, tiada apa pun nilai tambah yang boleh diberi kepada pakatan pembangkang,” katanya pada sidang media pada Isnin.

Pesuruhjaya Pas Pahang itu berkata, Pas tidak boleh bertindak terhadap pemimpin progresif Pas yang menubuhkan GHB selagi tiada aduan yang dikemukakan.

Katanya, setakat ini, parti tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkenaan salah laku kumpulan terbabit.

“Kalau masuk parti baharu dan sertai parti lain secara automatik akan gugur keahlian. Mereka akan lalui proses disiplin jika ada aduan.

” Bagi pihak parti Pas mengingatkan mereka masih terikat kepada peraturan dan disiplin parti, dan kita tidak benarkan.

“Peraturan kita (Perlembagaan parti) tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan mana-mana parti lain sama ada mempromosikan, parti baru atau menggerakkan satu usaha ke arah ahli Pas keluar daripada parti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya adakah Pas akan mengambil tindakan terhadap kumpulan progresif yang menubuhkan GHB.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali menegaskan, Pas Selangor kekal memberi sokongan kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
 
“Tiada masalah di sini kerana Menteri Besar masih mendapat sokongan kami,” katanya.

Beliau berkata, tiada masalah untuk Pas dan DAP bekerjasama di peringkat kerajaan negeri tetapi hubungan antara parti itu sudah tamat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.