Followers

Tuesday, July 14, 2015

Insiden gaduh di Low Yat, KPDNKK patut dipersalahkan – Rani Kulup Faiz Zainudin

 
rani-kulup-low-yat

Penguatkuasa KPDNKK gagal memantau penjualan barangan tiruan dan penipuan yang sering berlaku terhadap pengguna.

VIDEO INSIDE
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) patut dipersalahkan ekoran pergaduhan antara sekumpulan lelaki dengan pekerja di Plaza Low Yat.

Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, KPDNKK tidak menjalankan tugas mereka dengan baik untuk memantau perniaga yang gemar mengambil kesempatan terhadap pengguna
.
Katanya, pihak KPDNKK seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekecohan yang berlaku itu yang disebabkan kegagalan mereka menunaikan tanggung jawab.

“Kepada KPDNKK anda tidak menjalankan tugas dengan kemas untuk membantu pembeli. Banyak pembeli teraniaya dan tertipu.. bila jadi macam ini polis yang susah.

“PDRM patut boleh menyambut raya, tiga hari lagi nak raya tak boleh raya,KPDNKK kamu yang salah kamu yang tidak boleh raya, polis boleh beraya,” katanya.

Abdul Rani menasihatkan pengguna supaya berhati-hati sebelum melakukan pembelian agar tidak timbul salah faham sehingga boleh menyebabkan kekecohan.

“Kepada pengguna nak beli lihat dulu kerana kuasa membeli kepada kamu jadi kalau tak ori tak payah beli,” katanya.

Jelasnya lagi, kes yang berlaku di Plaza Low Yat bukanlah isu rusuhan kaum, ia hanya salah faham antara pembeli dengan peniaga.

“Ini bukan rusuhan kaum, ini hanya salah faham telefon bimbit yang dikatakan original tapi tak original. Bukan di Low Yat sahaja, di Chambel, Pertama Kompleks yang mana peniaga-peniaga ni ala-ala gangster, orang lalu ikut kedai dia tak jadi beli dia dah kepung dan keluarkan kata-kata kesat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.