Followers

Monday, July 20, 2015

Pas tidak lagi relevan-Mat Sabu FMT Reporters

 
mat-sabu_harapan_600
Pas dikatakan masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan.

KEPALA BATAS: PAS sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masih kini dan perlu melakukan pembaharuan.

Kenyataan itu dibuat bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Dia yang lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, berkata penubuhan Gerakan Harapan Baharu (GHB) merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu supaya kekal relevan.

Katanya, Pas masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan.

Jelasnya yang dipetik daripada Bernama, GHB akan membuat penerangan di seluruh negara sebelum meneruskan proses pendaftaran dengan Pendaftaran Pertubuhan dalam tempoh lebih sebulan lagi.

Isnin lepas, beberapa bekas pemimpin kanan PAS termasuk Mat Sabu melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu, yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Mat Sabu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP negeri di Kepala Batas.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau mengalu-alukan penubuhan GHB sebagai sebuah parti politik namun menafikan GHB adalah proksi DAP.

“Parti yang baru ditubuhkan itu harus memperjuangkan nasib rakyat Malaysia dan perlu fokus peningkatan ekonomi dan mampu mentadbir kerajaan dengan baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.