Followers

Monday, July 20, 2015

Proses pemindahan aset air Selangor selesai dua bulan lagi FMT Reporters

 
azmin_water_600
Kerajaan negeri sedang berbincang dengan PAAB bagi mengenal pasti fasiliti yang akan dipajakkan

SHAH ALAM: Proses pemindahan aset-aset air di Selangor kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dijangka selesai dalam tempoh 60 hari daripada tarikh Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Air yang ditandatangani pada 10 Julai lepas.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan Selangor sedang berbincang dengan PAAB bagi mengenal pasti fasiliti yang akan dipajakkan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

“Sebaik sahaja kita memuktamadkan perjanjian ini minggu lepas, kita diberi tempoh 60 hari dan kita akan selesaikan dalam tempoh yang ditetapkan itu.

“Pertikaian sebelum ini adalah berhubung dua aset air iaitu di Semenyih dan Bukit Nanas, tetapi ia telah selesai selepas kerajaan negeri bersetuju menyerahkan empat aset lain yang mempunyai nilai sama dengan aset berkenaan untuk menyegerakan penstrukturan air ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan Selangor di Stadium Shah Alam.

Pada 10 Julai lalu, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor menandatangani Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.