Followers

Sunday, July 19, 2015

PAS Makin Meroyan Dengan Parti Harapan Baru PAS: Gerakan baru 'hanya akan untungkan BN'


Landskap politik baru dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) di dalamnya hanya akan menguntungkan BN, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Ini, katanya, kerana tumpuan GHB sekarang adalah untuk mengukuhkan kedudukannya di kalangan ahli PAS dan bukannya mensasarkan Umno dan BN.

"Kumpulan pembangkang akan meraih keuntungan jika perkembangan ini dapat menarik pengundi yang selama ini memihak kepada BN. Tetapi adakah ini akan berlaku?.

"Saya kurang yakin kerana contohnya gerakan pemimpin PAS yang kalah kelihatan memberi tumpuan kepada ahli-ahli PAS sahaja," katanya dalam satu kenyataan semalam.

GHB adalah sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh pemimpin progresif PAS yang disingkirkan oleh golongan konservatif daripada kepimpinan parti itu dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Gerakan itu adalah pelopor kepada penubuhan sebuah parti politik baru yang berhasrat menjadi lebih inklusif ketika PAS dilihat terseret ke kanan.

"Saya hanya dapat melihat mereka berupaya menarik atau "mencuri" ahli, penyokong dan pengundi PAS sahaja," kata Iskandar dalam satu kenyataan semalam.

"Ahli, penyokong dan pengundi Umno//BN akan terus kekal dengan Umno/BN," kata Iskandar yang juga  naib presiden PAS.

Begitu juga, dengan pecahnya Pakatan, Iskandar berkata, jika DAP bertanding di kerusi PAS, ia hanya akan memecahkan undi pembangkang dan memihak kepada BN.

"Sama ada Harapan Baru atau DAP, mereka mesti diingatkan bahawa strategi berasaskan dendam akan dapat dirasai oleh rakyat.

"Sokongan atau undi kepada pembangkang tidak akan meningkat. Perpindahan undi hanya akan berlaku di antara parti-parti pembangkang.

"Malah terdapat kemungkinan besar terdapat mereka yang akan berpindah kepada BN kerana tidak lagi melihat pembangkang sebagai satu alternatif yang berwibawa akibat dari pertelingkahan yang berlaku," katanya.

** Terbukti Pas sudah meroyan. Apa yang telah Pas telah lakukan sebelum ini telah banyak menguntungkan siapa? Bukan untungkan Umno ker??

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.