Followers

Sunday, July 19, 2015

SURAT TERBUKA KEPADA FOX MULDER:

Mafiaboss Melayu

 

Tuan, saya menulis ini dalam keadaan terdesak, bagi pihak rakyat Malaysia yang lama menderita dek kerana kejadian aneh yang berterusan di negara kami, Malaysia.

Perkara bermula, dengan semua rahsia yang tidak dapat diselesaikan, diikuti dengan bisikan di gerai-gerai mamak. Ini kemudiannya "disahkan" oleh keganjilan di laman media sosial dengan pautan kepada laman "subversif" dari luar negara.

Kita mula mendengar, kemudian membaca (kadang-kadang disertai dengan gambar) mengenai gaya hidup pihak yang kaya raya dan berkuasa di negara kami.

Media arus perdana milik kerajaan dan kerajaan tidak bercakap sepatahpun walaupun pendedahan dilakukan, satu lagi keanehan yang berlaku. Tetapi laporan dan kebocoran dari media alternatif meningkat menjadi kebanjiran. Masih tiada satu perkataanpun daripada kerajaan.

Adakah anda fikir media bersubahat menyimpan rahsia? Saya pasti anda telah menemui sikap membisu dalam kerja-kerja anda. Penafian, maklumat yang salah dan penipuan secara terang-terangan telah diucapkan di Parlimen bagi menenangkan orang ramai yang semakin resah.

Kekecewaan semakin tidak tertahan apabila media antarabangsa mendedahkan mengenai 1MDB, iaitu Area 51 kami. Ia menyebabkan beberapa media berani mula memetik laman-laman subversif dan e-mel yang bocor. Ini mendorong kerajaan untuk mkenyerang balas dengan sepenuh hati dan mengetatkan tali pada media berlesen, mengancam mereka dengan penutupan.

Sejak beberapa minggu yang lalu, pelbagai makhluk aneh dan watak menjijikkan dan meragukan, saksi dibayar, dokumen pendedahan, transaksi wang dan lain-lain telah dikemukakan. Dalam kekeliruan, kebenaran telah diregangkan, kepalsuan diutarakan sebagai bukti dan penyiasat semakin keliru.

Pemberi maklumat diburu dan penuduh dipalit pelbagai tuduhan. Orang ramai tidak tahu siapa dan apa yang perlu mereka percaya. Keraguan telah dilemparkan pada pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat transaksi 1MDB selepas kebocoran laporan-laporan rasmi.

Apa yang benar dan apa pula pembohongan? Siapa yang boleh dipercayai dan siapa pula membohongi? Kita tidak tahu lagi.

Itulah sebabnya kami memerlukan anda untuk mencari kebenaran. Kami mempunyai sedikit kepercayaan kepada institusi rasmi dan penyiasat. Laporan tentang begitu banyak pasukan petugas, suruhanjaya diraja dan siasatan khas telah diabaikan selama bertahun-tahun. Orang ramai tidak lagi mempunyai keyakinan. Saya bimbang tidak lama lagi kita akan kehilangan harapan.

Reputasi, integriti dan imej Malaysia terpalit lumpur rasuah. Jika krisis ini tidak dapat diselesaikan tidak lama lagi, kami takut kami akan menjadi pariah antarabangsa. Malangnya, pemimpin-pemimpin politik kelihatan tidak endahkan semua ini. Terus terang, ia begitu menakutkan.

Bagaimana kami mampu menjadi ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pengerusi Asean yang berkesan apabila semua pihak memandang Perdana Menteri dan kerajaannya serta institusi rasmi dengan penuh syak wasangka?

Tolong, Encik Mulder, saya berharap anda akan menjawab rayuan terdesak kami. Bawa rakan X-Files anda Dana Scully.

Pengetahuan forensik beliau amat berguna di dalam memahami misteri ringgit yang hilang.

Yang benar, Charlie Voon

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.