Followers

Monday, July 20, 2015

Tun M cuba sabotaj perniagaan 1MDB? FMT Reporters


 

mahathir
1MDB umum langkah penyatuan aktiviti syarikat yang terjejas termasuk bekerjasama dengan Lend Lease dari Australia bagi membangunkan tanah di TRX.

PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menuduh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin politik lain menggunakan pelbagai cara untuk mensabotaj perniagaannya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkaan, ia mendakwa perbuatan itu memberi kesan kepada perniagaan 1MDB, termasuk cadangan IPO Edra Global Energy.

“Pihak-pihak ini bukan saja membuat fitnah terhadap 1MDB, tetapi menggunakan pelbagai cara untuk mensabotaj perniagaan harian yang memberi kesan antara lain kepada cadangan IPO Edra Global Energy,” petik kenyataan itu.

Syarikat milik penuh kerajaan itu turut menegaskan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya termasuk kehilangan dana RM42 bilion adalah tidak berasas.

Jelasnya lagi bagi menangani cabaran yang dihadapi syarikat itu, 1MDB mengkaji semula pelan strategik pada Januari lalu dan keputusannya telah diumumkan pada 18 Februari ini.

Antara lain ia memutuskan penyatuan aktiviti syarikat, termasuk pelaksanaan usahasama dengan Lend Lease dari Australia bagi membangunkan 17 ekar daripada 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.