Followers

Thursday, July 2, 2015

Nak kata lucu ker bangang? Tiada kerajaan lain bantu rakyat seperti BN, kata timbalan menteri OLEH KC NAZARI


Zack Ahmad's photo.
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (bersongkok) berkata tidak ada kerajaan yang membantu rakyat dengan pelbagai program seperti kerajaan Malaysia.
Ketika nilai matawang ringgit terus menjunam dan harga petrol naik sehingga 20 sen seliter bermula semalam, seorang timbalan menteri hari ini mengingatkan orang ramai akan kemurahan hati kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kerajaan BN memberi pelbagai bentuk bantuan kepada orang ramai bagi membangunkan industri pertanian dan perikanan. 

"Tiada kerajaan lain seperti BN yang memberikan bermacam-macam sokongan. "Apa sahaja lagi yang kita tidak buat? Inkubator? 

Pusat latihan?" katanya sewaktu berucap di Dewan Negara, menjawab soalan Senator Datuk Adam Abdul Hamid. 

Adam dalam soalannya bertanya rancangan kementerian itu bagi membangunkan industri hiliran perikanan di Malaysia. 

Menyamakan penerima bantuan dengan ahli politik yang bertekak di Parlimen, Tajuddin berkata, kesungguhan mereka yang menerima bantuan itu pudar dengan cepat. 

"Selepas keluar dari inkubator, seperti ahli politik, di Dewan kita bergaduh, tetapi lepas mesyuarat agung, semuanya pudar. "Inilah masalahnya, budaya dan sikap yang perlu diubah," katanya. 

Beliau kemudian menyeru agar peluang yang disediakan kerajaan dalam industri perikanan disambut orang ramai seperti nelayan. – 2 Julai, 2015. 


Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.