Followers

Thursday, July 2, 2015

AL FATIHAH : Penyanyi Shamsudin Lamin meninggal dunia

Samsudin Lamin

Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 20, Kuang, Rawang, selepas solat Zohor pada Rabu

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu-lagu Melayu Asli, Samsudin Lamin, 76, meninggal dunia di kediamannya di Kuang, Rawang, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham meninggalkan isteri Yunetta Yusof, 57, dan empat orang anak.

Ketika dihubungi Bernama berkata dia berada di pangkuan suaminya semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.44 pagi.

“Allahyarham telah lama mempunyai komplikasi tersebut malah sebelum bulan puasa, dia pernah koma dan dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas terjatuh di bilik air,” katanya.

Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Kampung Setia, Kuang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang selepas solat Zohor.

Karier seni Samsudin bermula apabila beliau menyanyi untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1951 bersama Orkes Rangkaian Tunas Baru.

Allahyarham juga pernah menyertai pertandingan Bintang Asli pada tahun 1961 dan 1971.

Antara lagu yang pernah didendangkan Allahyarham ialah ‘Titisan Embun Pagi’, ‘Pantun Seloka’ dan ‘Dondang Sayang Hari Raya’ secara berduet bersama Jamilah Abu Bakar.




- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.