Followers

Friday, July 24, 2015

Najib juga perlu dihalang ke luar negara – Kit Siang Khairil Ashraf

 
lim-kit-siang_najib_talk_600

Perdana Menteri menjadi individu yang dituduh dalam skandal 1MDB dan sepatutnya disekat ke luar negara seperti Tony Pua dan Rafizi.

KUALA LUMPUR : Sebagai individu yang dituduh terlibat dengan skandal 1MDB, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya tidak dibenarkan ke luar negara, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu berkata, jika Tony Pua dihalang meninggalkan negara ini kerana terlibat dalam pendedahan skandal itu, Perdana Menteri juga sepatutnya turut disenaraihitam dan disekat ke luar negara kerana menjadi individu yang dituduh dalam skandal itu.

“Adakah Najib juga dalam senarai hitam? Najib orang yang berada pada kedudukan yang tertuduh. 

Najib juga perlu disenaraihitam (dari keluar negara),” katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, adakah individu lain yang terlibat dengan 1MDB turut akan dihalang untuk ke luar negara?

“Kita mahu maklumat yang sewajarnya berkenaan perkara ini,” katanya.

Katanya, kejadian Tony Pua dan Rafizi Ramli dihalang ke luar negara merupakan kejadian pertama yang berlaku terhadap Ahli Parlimen di negara ini.

“Negara mahu tahu sebab kenapa dua orang Ahli Parlimen iaitu Tony Pua dan Rafizi Ramli dihalang ke luar negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.