Tindakan menyekat akses laman web Sarawak Report dan
menghalang pemimpin pembangkang ke luar negara merupakan taktik mengalih
perhatian rakyat terhadap isu sebenar.
Begitu juga sekatan terhadap Rafizi Ramli dan Tony Pua yang disenaraihitam dan tidak dibenarkan meninggalkan negara ini.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, tindakan itu sama sekali tidak adil kerana Rafizi dan Tony Pua tidak merbahaya kepada keselamatan negara.
“Jika kerana 1MDB, apa perlunya sekatan itu dikenakan kerana mereka bukannya suspek, sebaliknya cuma lantang mendedahkan pelbagai isu mengenai syarikat pelaburan itu saja?
“Sementara suspek sebenar bebas ke mana saja. Sekatan perjalanan ini juga seolah-olah mereka ini benar-benar merbahaya dan merupakan ancaman kepada negara sedangkan pendedahan yang mereka lakukan lebih membawa kebaikan untuk kita semua,” tulisnya diblog.
Shahbudin berkata, pihak yang bertanggung jawab dalam pendedahan isu itu tidak perlu terpengaruh dengan taktik berkenaan sebaliknya terus memberi tekanan terhadap isu penyaluran wang RM2.6 bilion ke akaun Najib.
“Dalam kita menanti penuh sabar dan debar hasil siasatan pasukan petugas khas itu, isu pokok yang perlu diberi perhatian dan dicari kebenaran tetap berkaitan wang RM2.6 bilion itu. Tidak harus sesiapa lari daripadanya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.