Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih belum
mengesahkan pendedahan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) tetapi mahu portal berita tempatan berhati-hati dalam
laporan mereka.
Pengawal selia Internet tempatan itu berkata masih belum dapat dibuktikan sama ada pendedahan laman pemberi maklumat itu palsu, katanya dalam taklimat kepada pengarang berita atas talian di Cyberjaya, pagi tadi.
Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, bagaimanapun memberitahu pengarang supaya berhati-hati dan melaporkan secara fakta, dengan berkata terdapat peningkatan dalam maklumat salah yang boleh menyebabkan negara tidak stabil.
Selain daripada artikel Sarawak Report itu, Zulkarnain memetik kejadian Plaza Low Yat dan isi kandungan yang menyinggung sebagai mengancam keselamatan negara dan kestabilan politik dan ekonomi.
Pada taklimat hari ini, SKMM membentangkan kertas informasi bertajuk "Most complaints are on Misinformation" (Kebanyakan aduan ialah mengenai salah maklumat), menyenaraikan "ketidakstabilan politik dan ekonomi (Sarawak Repport)" sebagai salah satu kebimbangan.
SKMM menyekat akses ke laman web Sarawak Report sejak Ahad, walaupun ia masih boleh diakses menggunakan server proksi dan cara lain.
Ia mewajarkan sekatan itu dengan alasan kandungannya mungkin palsu dan sebagai pengawal selia, ia perlu menjaga "kestabilan nasional".
Zulkarnain memberitahu pengarang portal berita hari ini, SKMM akan menunggu siasatan yang sedang berjalan ke atas Sarawak Report dan 1MDB sebelum memutuskan bila akan membatalkan sekatan itu.
Sekatan ke atas Sarawak Report dibuat ketika pihak berkuasa sedang menyiasat kesahihan maklumat yang dibocorkan mengenai 1MDB kepada laman web berpangkalan di United Kingdom itu.
Tuduhan maklumat palsu mengenai 1MDB bermula dengan penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo di Thailand bulan lepas, kerana didakwa mengugut dan memalsukan maklumat sensitif 1MDB terhadap bekas majikannya.
Ini diikuti laporan akhbar pro-kerajaan, New Straits Times, yang memetik seorang pakar IT tidak bernama sebagai berkata siasatan forensik ke atas maklumat 1MDB dan PetroSaudi menunjukkan data tersebut diubahsuai.
Barisan Nasional (BN) mendedahkan video oleh seorang wartawan Sarawak, Lester Melanyi, yang mendakwa pernah bekerja di Sarawak Report dan mempunyai bukti yang pengarang dan pengasasnya, Clare Rewcastle-Brown, berpakat dengan ahli politik pembangkang Malaysia bagi memalsukan bukti terhadap 1MDB.
Rewcastle-Brown menafikan dakwaan itu, dan berkata Melanyi tidak pernah bekerja dengan laman web itu dan merupakan seorang yang tidak boleh dipercayai. - TMI

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.