Followers

Friday, July 24, 2015

Mengapa Pasukan Petugas Khas belum siasat Najib – Rafizi - oleh: Mohamad Fadli

 
Rafizi_najib_1mdb_600

Dia mendakwa Najib perlu disiasat kerana berkait rapat dengan skandal 1MDB selain merupakan watak penting dalam skandal itu

PETALING JAYA: Rafizi Ramli mempersoalkan mengapa sampai sekarang Pasukan Petugas Khas masih belum mengambil kenyataan dan menyoalsiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PKR itu berkata, Najib yang merupakan watak penting dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi masih belum disoalsiasat di saat kerajaan menyekat dua ahli pembangkang ke luar negara.

“Soalan ini juga sudah tentu berlegar di pemikiran rakyat kebanyakannya dan tidak memberi gambaran yang baik kepada kebebasan Pasukan Petugas Khas ini sekiranya individu yang paling penting belum lagi disoalsiasat dan diambil kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, Najib perlu disiasat kerana mendakwa Perdana Menteri berkait rapat dengan skandal 1MBD.

“Antaranya mengikut Fasal 117 Memorandum Pertubuhan 1MDB, semua keputusan pelaburan, hutang dan lain-lain yang dibuat oleh 1MDB mestilah mendapat kelulusan Perdana Menteri.

“Ini bermakna beliau tahu mengenai urusniaga-urusniaga yang kini dipersoalkan sehingga menyebabkan 1MDB mengumpul hutang melebihi RM42 bilion.

“Pemindahan wang sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dibuat ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri dari dana yang berasal dari 1MDB,” katanya lagi.

Rafizi berkata, dia terkejut dengan laporan akhbar The Sun yang melaporkan pihak berkuasa masih gagal menjejaki tiga orang kuat 1MDB iaitu Jho Low, Nik Faisal Nik Othman Kamil dan Datuk Suboh Mohd Yassin untuk disoalsiasat.

“Laporan The Sun juga menyebut bahawa salah seorang dari mereka disyaki berada di Indonesia yang bermaksud mereka telah bolos sedangkan sekatan keluar negara dikenakan terhadap mereka yang kuat mengkritik kerajaan mengenai 1MDB,” tegasnya.

Dia juga berharap dengan penangkapan dua orang dalam siaasatan skandal 1MDB itu benar-benar dapat mempercepatkan siasatan supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.