Followers

Sunday, July 5, 2015

Isu barua: Kertas siasatan ke atas Azmin telah lengkap

 
azmin-ali_khalid_polis_600

Sama ada kes itu akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya ia bergantung kepada arahan daripada Ketua Unit Perundangan

GEORGETOWN : Polis Pulau Pinang telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai ‘barua Umno’ dalam ceramahnya semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Mei lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sama ada kes itu akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya ia bergantung kepada arahan daripada Ketua Unit Perundangan (KUP).

“Polis Pulau Pinang telah melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan dan kami meminta bantuan D5 (pendakwaan/undang-undang) Bukit Aman untuk merekodkan keterangan Menteri Besar Selangor itu,” katanya yang dipetik daripada Bernama.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Komuniti dan Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.

Mohamed Azmin didakwa menggelar Khalid sebagai ‘barua Umno’ dalam ceramah semasa berkempen pada pilihan raya kecil berkenaan.


- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.