Followers

Sunday, July 5, 2015

Najib perlu bercuti serta merta FMT Reporters

 
Tuan-Ibrahim_najib_wsj_600

Perdana Menteri perlu mengambil tindakan bermaruah itu kerana Peguam Negara telah mengesahkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan WSJ. 

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihat supaya bercuti serta merta kerana pihak Peguam Negara sedang menyiasat dakwaan yang dibuat Wall Street Journal (WSJ) terhadapnya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Najib boleh menggunakan tempoh bercuti itu untuk merancang tindakan undang-undang terhadap WSJ, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya, kenyataan Abdul Gani bahawa pihaknya menyiasat kes itu berdasarkan dokumen yang ditemui dalam serbuan di tiga premis yang dikatakan terlibat menyalurkan wang ke dalam akaun yang didakwa milik Najib telah menimbulkan persoalan.

“Adakah Peguam Negara menyiasat kes ini berdasarkan maklumat yang dibocorkan oleh bekas kakitangan PetroSaudi yang didakwa tidak betul?

“Beranikah Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan surat tunjuk sebab terhadap Peguam Negara kerana menyiasat berdasarkan maklumat tidak betul yang digunakan oleh WSJ,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, walauapapun berlaku, pengesahan Abdul Gani itu membuktikan kewibawaan dakwaan WSJ berbanding penafian Najib.

“Najib perlu mengambil tindakan bermaruah dengan bercuti serta merta untuk pastikan siasatan telus dan adil,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.