Followers

Wednesday, July 1, 2015

IKRAM ILTIZAM CAKNA PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA

BENARKAH IKRAM MENDALANGI GERAKAN GELOMBANG HARAPAN BARU DALAM POLITIK MALAYSIA?

Mutakhir ini IKRAM diserang oleh sama ada golongan yang mengaku ulama, pro-ulama mahupun neutral. Ada yang memperlekehkannya. Ada yang menuduh organisasi itu ingin mengusai PAS.  Dan ada juga yang cuba memburukkannya melalui sabotaj dengan mendedahkan kandungan surat yang tidak bersifat umum.
Tidak adil sekiranya pandangan yang dilontarkan itu terus memperlekeh atau menghukum IKRAM tanpa penyelidikan objektif melalui minda yang terbuka.

Berikut kenyataan rasmi IKRAM:

TIMBALAN PRESIDEN IKRAM

IKRAM ILTIZAM CAKNA PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA

Mengikuti perkembangan politik dan pembangunan semasa negara, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) yang prihatin dan cakna kepada keadilan sejagat, keharmonian masyarakat dan kesatuan umat selaras dengan perjuangan IKRAM untuk memastikan 'Malaysia Menuju Negara Rahmah', ingin menegaskan pendirian-pendirian berikut untuk kebaikan bersama warga Malaysia:

IKRAM meyakini bahawa sistem pemerintahan berteraskan konsep dwiparti merupakan satu keperluan demi memastikan proses tatakelola kerajaan yang baik berteraskan akauntabiliti, ketelusan dan proses semak dan imbang sentiasa menepati prinsip-prinsip 'Siyasah Syar'iyyah' (politik berinspirasikan Syariah)

IKRAM yang bergerak atas dasar prinsip menyuruh yang maaruf mencegah yang mungkar (amar makruf nahi munkar) akan terus menjadi kumpulan pendesak dan pengimbang kepada semua pihak samada dari pihak pemerintah atau pembangkang, agensi kerajaan atau swasta terutamanya yang melibatkan organisasi yang mengendalikan amanah kepentingan awam dan yang melibatkan penyalahgunaan kuasa pentadbiran, ketirisan dalam penggunaan wang awam dan seumpamanya.

IKRAM sentiasa terbuka tetapi berpandangan kritis terhadap sebarang usaha kolektif untuk mewujudkan arus baru gerakan rakyat selagimana ianya tidak bertentangan dengan hukum-hakam Syarak dan Maqasid al-Shariah.

Di atas pendirian ini, IKRAM menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian dari gelombang harapan baru untuk membina Malaysia yang lebih rahmah, demokratik dan sejahtera.

Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus 
Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia.

********************

Daripada kenyataan rengkas di atas kita nampak IKRAM cenderung melihat perkembangan gelombang dan harapan baru dalam politik semasa sebagai sesuatu yang positif. 

Walaubagaimanapun, hakikatnya tidak ada negara di dunia yang benar-benar mengamalkan konsep dwiparti - Tidak Amerika Syarikat yang presidennya saling bertukar-ganti antara Republican dan Democratic. Di negara tersebut, terdapat 3 buah parti kecil yang turut aktif dalam arena politik. Di United Kingdom, selain parti Conservative & Unionist dan parti Labour, terdapat banyak parti lain yang bergerak di Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Sistem satu parti adalah sistem yang authoritarian. Sistem dua parti memberi peluang lebih kepada rakyat untuk membuat pilihan. Tetapi jika sistem dua parti ini menghalang tumbuhnya parti ketiga, maka sistem dua parti juga sudah menjurus kepada sikap authoritarian. Kerana itulah pemimpin negara-negara maju tidak menghalang kewujudan parti ketiga, keempat dan seterusnya. 

Mengalu-alukan pertumbuhan parti baru dianggap sebagai penenerimaan terhadap diversiti dalam pemikiran atau/dan kaedah melaksanakan konsep keadilan, kebajikan, kesejahteraan dan pengendalian kepentingan awam - "selagimana ianya tidak bertentangan dengan hukum-hakam Syarak dan Maqasid al-Shariah" (petikan dari IKRAM). Pendirian IKRAM ini adalah pendirian yang selari dengan kehendak sosio-politik semasa - proaktif dan progresif, bukan reaksionari atau regressif.

Oleh kerana itu menghalang kewujudan pertumbuhan parti baru dengan menggunakan alasan perpecahan ummah (termasuk melabel sebagai munafik haraki) adalah tidak munasabah. Jika ada pucuk kepemimpinan parti UMNO dan PAS bertindak menafikan hak rakyat menubuhkan parti lain, maka keduanya akan dilihat sebagai sang pengecut yang sedang mempertahankan hegemoni politiknya sahaja.

********************

IKRAM dalang?
Gagal menguasai PAS, lalu sekarang mempromosi gerakan penubuhan parti politik baru?

Inilah fitnah yang sedang meniti dari satu whatsapp ke satu whatsapp golongan yang takut kepada persaingan dalam padang yang samarata.

Tolonglah!
Be a man!
Face the world with courage and perseverance!

Pemimpin-pemimpin politik, harus bermuhasabah diri. Tanyalah diri kamu, sejujur-jujurnya:

Layakkah kamu berada di sana?
Layakkah kamu mewakili kami?
Layakkah kamu memimpin kami?
Layakkah kamu mencatur masa depan anak-cucu kami?

Lagipun, penubuhan parti politik baru bukanlah sesuatu yang aneh di negara kita. Pada 28 Ogos 2013, dua puluh parti baru telah sah didaftarkan di Malaysia (Baca: MyStar).
Positif tidak bermaksud dalang.

********************

Sekadar peringatan untuk diri sendiri.

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Najm, ayat 31:


Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.

*Bersambung*



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.