Followers

Friday, July 10, 2015

Anak Taib Mahmud mohon mahkamah tolak tuntutan RM121 juta bekas isteri


Peguam kepada anak Tun Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Persekutuan untuk menolak permohonan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid yang menuntut nafkah anak sebanyak RM121 juta.

Permohonan Mahmud dibuat atas alasan anak mereka kini sudah berumur melebihi 18 tahun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mahmud berkata, tuntutan RM121 juta untuk anak mereka, Raden Murya Abdul Taib Mahmud itu termasuk sebuah rumah teres di London bernilai RM60 juta, kediaman di Bukit Tunku (RM10 juta), 2 kereta Aston Martin (RM5.5 juta), insurans perubatan (RM5 juta) dan dana unit amanah (RM40 juta) bagi diuruskan bekas isterinya.

"Peguam mewakili Mahmud membuat permohonan kepada mahkamah supaya menolak permohonan nafkah anak sebanyak RM121 juta itu atas alasan, mengikut peruntukan Akta Usia Majoriti 1971, anak mereka berumur melebihi 18 tahun dan sudah dewasa,” kata kenyataan itu.

Raden dilahirkan pada 11 Disember, 1993 kini berusia 21 tahun 6 bulan dan bukan lagi kanak-kanak untuk diuruskan ibunya, kata kenyataan itu.



"Sehubungan itu, Mahmud berpendirian Shahnaz tiada kapasiti untuk membuat tuntutan bernilai berjuta ringgit terhadapnya bagi pihak Raden," kata kenyataan itu.

Permohonan rayuan itu dibuat di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Datuk Mahammad Ibrahim; Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Datuk Muhamad Asri Abdullah dan Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Datuk Yusof Musa.

Mahmud diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din.

Keputusan rayuan itu akan didengar pada 14 Julai, 2015. – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.