Followers

Friday, July 10, 2015

Lain Kali Berfikir Dahulu Sebelum Menamatkan Kerjasama Dengan DAP !!

Guan Eng diingat jangan terlalu angkuh, kenang jasa penyokong Pas

lim-guan-eng_Mohd-Yusni_600

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan dibentuk jika DAP tidak bekerjasama dengan PKR dan Pas.

PETALING JAYA: Lim Guan Eng diingatkan supaya tidak terlalu sombong dan angkuh kerana kerajaan Pulau Pinang terbentuk hasil kerja keras penyokong Pas.

Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mohd Diah berkata, jika tidak kerana sokongan kuat penyokong Pas, mustahil kerajaan Pulau Pinang terbentuk seperti hari ini.

“Perlu diingat Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan tertegak jika sekiranya DAP tidak membentuk kerjasama dengan PAS dan PKR.

“Usah bongkak dan sombong dengan kemenangan dilakar, sedang kemenangan itu diraih hasil titik peluh para petugas khususnya ahli-ahli Pas yang bertungkus lumus bekerja menentang Umno-Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusni berkata, Guan Eng tidak sepatutnya memecat mana-mana kakitangan Pas secara terburu-buru dengan membuat tafsiran gopoh terhadap usul muktamar Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Katanya, ini kerana, Majlis Syura Pas belum membuat sebarang keputusan terhadap perkara itu.

“Ianya tuduhan yang amat tidak matang, prejudis, lagi provokatif dan tidak profesional.


“Amat malang sekali andai Guan Eng memilih untuk bermusuhan, sedangkan umum mengetahui bahawa pemecatan yang dibuat itu adalah suatu perkara keterlaluan,” katanya.

Guan Eng mengisytiharkan Pas sebagai musuh DAP ekoran tindakan parti itu mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Pulau Pinang ekoran pemecatan beberapa ahlinya daripada agensi kerajaan negeri.

Kerajaan Pulau Pinang memecat dua ahli majlis tempatan Pas iaitu Yacoob Omar daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Omar Hassan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tanpa sebarang alasan.

Malah, pada 12 Jun lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Fadzil Kemi turut dipecat Pegawai Penerangan Gred 41 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.