Followers

Sunday, July 5, 2015

AMK buat laporan polis terhadap Najib di seluruh negara pada Ahad - Faiz Zainudin

 
nik-nazmi-najib

Laporan polis dibuat supaya satu siasatan secara telus dibuat terhadap Perdana Menteri berhubung pendedahan AWSJ dan Sarawak Report.

SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menggerakkan wakil mereka di seluruh negara bagi membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bermula Ahad.

Menurut Timbalan AMK Afif Bahardin, laporan tersebut dibuat susulan dakwaan akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) dan Sarawak Report bahawa sejumlah RM2.67 bilion disalurkan dari 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Katanya, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengeluarkan arahan kepada AMK negeri supaya membuat laporan kepada pihak polis dan SPRM supaya melakukan siasatan secara telus terhadap Najib.

“Ketua-ketua AMK Negeri akan membuat laporan polis berkenaan dakwaan terhadap Najib itu di negeri masing-masing secara serentak pada Ahad, 5 Julai,” katanya dalam sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Shah Alam pada Sabtu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.