Followers

Sunday, July 5, 2015

Ambank dan Bank Negara perlu buktikan dakwaan terhadap Najib fitnah - FMT Reporters

 
rafizi-wsj

Ambank dan mana-mana bank lain perlu dedahkan akaun yang dimiliki Najib bagi mematikan serangan terhadap beliau.

PETALING JAYA: Ambank perlu mengesahkan atau menafikan sama ada akaun bernombor seperti yang didedahkan oleh Asian Wall Street Journal (AWSJ) di bawah nama Datuk Seri Najib Tun Razak itu benar-benar wujud.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, langkah itu akan memberi gambaran paling baik kepada rakyat sama ada Najib benar-benar terlibat dalam mengambil dana milik rakyat seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan Sarawak report (SR) itu.

“Saya pasti jika Najib tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas kredibiliti beliau ini ialah dengan membenarkan Ambank (atau mana-mana bank di negara ini) mendedahkan secara keseluruhan setiap bank akaun yang pernah beliau buka sejak menjadi Perdana Menteri dalam 2009.

“Jika terbukti bahawa akaun di Ambank seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu tidak wujud, maka dengan mudah sahaja Najib boleh menghentikan isu terbaru ini.

“Saya juga menyeru supaya Bank Negara Malaysia menggunakan semua kuasanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan untuk merungkai kontroversi ini dengan mengesahkan sama ada akaun yang nombor dan namanya didedahkan oleh ASWJ dan SR itu benar-benar wujud.

“Jika ia tidak wujud, perkara ini tidak perlu dipanjangkan,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, jika akaun itu wujud, maka satu siasatan segera perlu dibuat dan Najib perlulah bercuti dan seorang pemangku Perdana Menteri boleh mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan sementara siasatan sepenuhnya diadakan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.