Dalam menyindir tindakan Mazlan Aliman berundur daripada PAS pusat, ahli
jawatankuasa parti itu Dr Zuhdi Marzuki juga menyerang NGO Persatuan
Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuainya.
Dr Zuhdi mendakwa NGO "anti-establishment dan agak radikal" itu mengajak
anak peneroka Felda menjadi pendesak dan "kadang-kadang memberontak"
dalam menyatakan tuntutan mereka.
Beliau berkata "tindakan popular" itu mendapat sokongan pendukung Pakatan Rakyat yang mempunyai kecenderungan itu.
Bagaimanapun, kata Zuhdi, desakan ANAK itu tidak mendapat tempat di hati majoriti peneroka dan anak mereka.
"Pendekatan ANAK ialah ajak anak-anak Felda jadi kumpulan pendesak malah
kadang-kadang 'rebellion' terhadap Felda, sesuatu yang tak dapat
diterima oleh mereka kerana Felda begitu banyak berjasa.
"Bagaimanapun, sikap anti-establishment yang dipupuk oleh ANAK memang
disukai oleh pendukung Pakatan, menjadikan Mazlan popular dalam
lingkaran itu, tetapi kesannya terhadap pengundi Felda minimum," kata
kepada Malaysiakini semalam.
Zuhdi ditanya mengenai rancangan PAS seterusnya untuk membela peneroka
Felda selepas Mazlan melepaskan jawatan sebagai AJK untuk memfokuskan
tugasnya kepada NGO yang diketuainya itu.
Sehubungan itu, Zuhdi yang juga ketua operasi Pusat Penyelidikan PAS
berkata parti itu akan mencadangkan "pendekatan alternatif" terhadap
anak Felda diperlukan untuk mendekati golongan itu.
"Insya-Allah, PAS akan tubuh sebuah proksi baru anak Felda yang sifatnya
lebih mesra peneroka dan prihatin," katanya tetapi enggan mengulas
lanjut memandangnya ia berkaitan strategi.
Ditanya mengapa PAS mahu menubuhkan badan baru membela peneroka Felda
sedangkan ANAK telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut, Zuhdi berkata:
"Beliau dilihat ingin membawa ANAK bergerak sebagai NGO yang bebas dari
pengaruh kepartian, dan PAS akan terus membantu tetapi sebagai entiti
yang terasing."
Bagaimanapun, Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini petang ini berkata
beliau mahu Zuhdi supaya menjelaskan bagaimana beliau menyifatkan NGO
itu dianggap "radikal" seperti yang didakwanya.
- mkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.