Followers

Wednesday, June 17, 2015

Bantuan khas RM500 kepada penjawat awam Khairil Ashraf

 
najib_ringgit_awam_600

Pesara kerajaan pula akan menerima bantuan sebanyak RM250 bagi membantu dan meringankan beban kewangan untuk membuat persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

PUTRAJAYA : Kerajaan mengumumkan memberi bantuan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah.

Ia dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang turut menyatakan bantuan itu turut akan dinikmati lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran sebanyak RM250.

“Kedua-dua pembayaran tersebut akan dibuat pada 25 Jun 2015 yang melibatkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 billion,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-14 di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Rabu.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, tujuan bantuan itu diberikan adalah bagi membantu dan meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam majlis itu juga, Najib turut mengumumkan kadar baharu terendah Imbuhan Tetap Perumahan adalah pada RM300 sebulan.

Tambahnya, bagi penjawat awam mendiami kuarters kerajaan yang tidak pernah menikmati imbuhan itu, mereka akan menerimanya pada kali ini sebanyak 25 peratus.

“Keputusan ini melibatkan lebih 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara.

” Manakala implikasi kewangan pula ialah sebanyak RM1.04 billion setahun. Ia berkuatkuasa mulai 1 November 2015,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.