Followers

Wednesday, June 17, 2015

VIDEO - Baldi terbang di hadapan pejabat SUK Selangor Mohamad Fadli


baldi-terbang

Penganjur akan himpun 10,000 peserta di hadapan pejabat SUK jika kerajaan negeri gagal atasi masalah air.


SHAH ALAM: Perhimpunan bantahan isu air di Selangor bertukar kecoh apabila mereka yang hadir bertindak membaling baldi luar pagar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

Mereka bertindak demikian selepas tidak puas hati selepas dilarang anggota keselamatan bertugas daripada menyerahkan memorandum.



Selain membaling baldi mereka turut memekik mengutuk kepimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Sebelum itu, lebih 800 penduduk daripada kawasan sekitar Gombak dan Klang hadir menyertai bantahan yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal.

Kekecohan yang berlaku kembali tenang selepas Pegawai Berita Pejabat Menteri Besar, Shahril Said menerima memorandum berkenaan.

Mengulas mengenai bantahan yang diadakan, Zainuri mendesak supaya Azmin meneruskan perjanjian penstrukturan air antara kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

“Rakyat Selangor tidak mahu dengar ceramah-ceramah politik, tetapi kita mahu air.

“Kita selalu dengar di Selangor merupakan negara maju tetapi masalah utama adalah tidak dapat membekalkan air yang bersih,” katanya.

Dalam nada yang lebih keras dia menggertak akan membawa 10,000 orang untuk berhimpun di hadapan SUK sekiranya Azmin gagal menyelesaikan perjanjian air.

“Kita mahu Azmin selesaikan isu air ini dengan segera.

“Kasihani rakyat yang sedang sengsara menghadapi masalah air lebih lagi menjelang bulan Ramadan.
“Mereka memerlukan air untuk menjalankan aktiviti Ibadat,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.