Followers

Wednesday, June 17, 2015

Najib perlu di halang dari guna RM3.6 billion wang rakyat bayar hutang September ini... suarakami.

Maklumat yang telah di terima mendedahkan selain dari pinjaman daripada bank-bank tempatan, 1MDB juga telah mengambil pinjaman sebanyak USD975 juta (bersamaan RM3.6 bilion) dalam Oktober 2014 dari satu konsortium 6 bank antarabangsa yang diketuai oleh Deutsche Bank.

Pinjaman ini telah dilaporkan di dalam majalah-majalah kewangan antarabangsa. Pinjaman bagi jangka masa satu tahun ini perlu dibayar dalam September 2015 dan telah menarik perhatian pasaran kewangan antarabangsa di saat-saat 1MDB berhadapan dengan masalah membayar hutangnya kepada bank-bank tempatan.


Maklumat tidak rasmi yang di terima dari pemberi-pemberi maklumat yang bekerja di bank-bank terbabit dan dari pasaran kewangan untuk mendapat pasaran lebih jelas mengenai pinjaman ini. Maklumat tidak rasmi yang di terima mendapati adalah amat membimbangkan kerana terma-terma pinjaman itu amat membebankan rakyat.

Oleh yang demikian, saya ingin menimbulkan soalan-soalan ini agar Dato’ Seri Najib Tun Razak menjelaskan sendiri mengenai terma-terma pinjaman ingin saya perolehi secara tidak rasmi dari pemberi-pemberi maklumat:

1. Apa cagaran yang telah dibuat oleh 1MDB untuk mendapatkan pinjaman ini kerana ia dibuat pada ketika masalah kewangannya telah diketahui umum?

Pinjaman sebesar ini sudah tentu melibatkan cagaran (“collateral”). Maklumat yang saya perolehi menyebut cagaran kepada pinjaman ini adalah simpanan wang di BSI Singapura yang sebelum ini telah dilaporkan tidak wujud.

Jika cagaran ini tidak wujud, ada kemungkinan besar 1MDB perlu mendapatkan dana lain untuk menggantikan cagaran tersebut.

2. Adakah benar Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu surat sokongan atau surat makluman mengenai pinjaman ini?

Saya dimaklumkan satu surat sokongan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia yang membolehkan pinjaman ini diluluskan kepada 1MDB. Apakah terma-terma surat sokongan itu?

3. Adakah benar kadar faedah bagi tempoh setahun itu ialah 11% seperti yang dimaklumkan kepada saya? Jika benar, kadar ini sudah mencecah kadar “overdraft” dan menunjukkan terdesaknya 1MDB.

Mengambil kira bahawa hutang ini perlu dibayar dalam tempoh terdekat iaitu September 2015 dan jumlahnya besar, pinjaman ini adalah satu lagi “bail out” yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Sebelum ini, setiap kali 1MDB perlu membayar hutangnya, kerajaan terpaksa menyuntik wang atau satu urusniaga yang merugikan rakyat akan berlaku:

1. Mac 2015 – Kerajaan terpaksa menyuntik RM950 juta dalam bentuk “standby credit” yang kebetulan diluluskan beberapa minggu sebelum 1MDB perlu membayar hutang

2. Mei 2015 – Tabung Haji membeli hartanah di Tun Razak Exchange dari 1MDB pada kadar untung berlipat kali ganda kepada 1MDB yang kebetulan dimuktamadkan beberapa minggu sebelum 1MDB perlu membayar hutang.

Jika rakyat tidak mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak berlaku telus mengenai hutang RM3.6 bilion yang perlu dibayar 1MDB September ini, lebih banyak dana rakyat dan harta kerajaan yang akan disuntik ke dalam 1MDB untuk membayar hutang ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.