Followers

Thursday, June 25, 2015

VIDEO - PM kata kenyataan Annuar diputar belit

 



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, media memutar belit kenyataan pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa sehingga menunjukkan beliau meluluskan pembelian apartmen kontroversi di Melbourne.

“Saya kecewa bahawa kenyataan Tan Sri Annuar Musa diputarbelit oleh sesetengah media. Keputusan hanya dibuat secara konsensus oleh majlis ekonomi,” kata Najib di Facebook.

Jelasnya, kes melibatkan bayaran lebih sebanyak RM13.7 juta terhadap pembelian Dudley International House oleh MARA Inc itu bagaimanapun akan terus disiasat.

“Sekiranya ada pihak yang didapati menipu atau cuba memperdaya ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan butiran yang tidak tepat atau lengkap, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya lagi.

Annuar hari ini dilaporkan berkata, pembelian blok apartmen di Melbourne, Australia itu dilakukan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Najib.

Bekas menteri pembangunan luar bandar itu mengesahkan demikian ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam catatan Facebook lewat hari ini, Annuar seterusnya apabila merungut apabila media melaporkan kenyataannya yang menjuruskan kepada peranan Najib berkaitan urusniaga tersebut.

"Apakah motif TV Malaysiakini dan Malaysian Insider memilih tajuk 'Najib luluskan...', sedangkan saya dengan jelas menyebut kelulusan oleh economic council.

"Ini adalah procedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan wajib diikuti. Tidak berbangkit soal kelulusan oleh mana-mana individu termasuk Dato Seri Najib. Saya harap perkara ini jelas," tulisnya.

Semasa sidang akhbar itu, Malaysiakini secara khusus bertanya kepada pengerusi Mara itu sama ada perdana menteri perlu meluluskan urusniaga itu sebelum pembelian dibuat, yang Annuar menjawab: ".Ya, ia adalah sebahagian daripada prosedur"

Rakaman sidang akhbar itu seperti di bawah:

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.